Saturday, May 9, 2009

Fabrik berat sesuai tubuh tak seimbang

design baju kurung

Corak bunga halus diganding dengan pilihan warna terang mampu sembunyikan kekurangan

Berdasarkan gambaran bentuk tubuh anda, saya akui memang menjadi masalah untuk membeli pakaian siap. Berdasarkan ukuran badan itu ada beberapa faktor perlu dititik beratkan sebelum memilih pakaian sesuai.
Dari segi fabrik, mereka yang mempunyai tubuh dikira tidak seimbang perlu memilih jenis berat. Ini bermakna jangan memakai pakaian yang kainnya ringan, nipis dan jarang kerana fabrik jenis ini lebih menampakkan bentuk badan yang tidak seimbang. Jika memakai fabrik berat maka lebih mudah menutup bentuk tubuh badan. Contoh jenis satin, viscose dan ’super crepe’.
Perlu diingat dengan penggunaan fabrik berat, apabila dibuat potongan besar sekalipun ia nampak terletak pada tubuh badan. Namun, fabrik berat bukannya dari jenis kain keras.
Reka corak pada fabrik pula terpulang kepada si pemakai, adakala corak bunga besar nampak anggun jika susun letaknya sesuai dengan tubuh seseorang itu. Jika mahu selamat dinasihatkan menggunakan corak bunga halus.
Penggunaan warna pula tidak semestinya gelap kerana kita kena ingat fabrik yang dipilih perlu menampakkan keseimbangan tubuh si pemakai yang mempunyai masalah potongan badan tidak seimbang.
Warna terang juga ada kalanya memberi cita rasa baru kepada si pemakai jika ia sesuai pada keadaan dan situasi.
Potongan lurus atau ’straight cut’ penting untuk pemilihan seluar yang hendak dipakai kerana ia dapat memberi keseimbangan kepada bentuk tubuh si pemakai. Blaus pula perlu menutupi bahagian punggung dan tidak terlalu labuh dan digalakkan penggunaan fabrik yang tidak terlalu lembut.
Sehubungan itu, Norizan tidak perlu berasa cemburu melihat rakan bila bergaya sebaliknya anda perlu lebih menekankan kepada fabrik, potongan dan warna yang akan menjadikan anda lebih yakin pada penampilan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment